Tukang Masak Restoran / Chef Restaurant (Muslim Only)
Undisclosed
JOB DESCRIPTION – CHEF Chef bertanggungjawab dalam menyediakan dan memasak makanan, memastikan kualiti makanan sentiasa konsisten serta menguruskan operasi dapur dengan baik mengikut standard dan SOP
JOB DESCRIPTION – CHEF
Chef bertanggungjawab dalam menyediakan dan memasak makanan, memastikan kualiti makanan sentiasa konsisten serta menguruskan operasi dapur dengan baik mengikut standard dan SOP restoran.
Tanggungjawab Utama:
1. Penyediaan & Memasak Makanan
─ Menyediakan dan memasak makanan mengikut menu, resipi dan standard yang telah ditetapkan.
─ Menjalankan kerja persediaan bahan seperti mencuci, memotong, menghiris, memerap dan membuat portion.
─ Memastikan rasa, kualiti, portion dan presentation makanan sentiasa konsisten.
─ Memastikan makanan disediakan dengan cepat dan tepat terutama ketika waktu operasi yang sibuk.
2. Pengurusan Operasi Dapur
─ Menguruskan tugasan harian dan memastikan operasi dapur berjalan dengan lancar.
─ Memberikan arahan dan membahagikan tugasan kepada kitchen helper dan kakitangan dapur.
─ Bekerjasama dengan team front-of-house bagi memastikan pesanan pelanggan disediakan dengan betul dan tepat pada masanya.
─ Membantu melatih dan memberi tunjuk ajar kepada kakitangan dapur.
3. Pengurusan Stok & Bahan Mentah
─ Memantau stok bahan mentah dan keperluan dapur secara berkala.
─ Memeriksa kuantiti, kualiti dan kesegaran bahan yang diterima daripada supplier.
─ Memastikan bahan makanan disimpan dengan betul dan mengikut kategori.
─ Mengamalkan sistem FIFO bagi mengurangkan pembaziran dan kerosakan bahan makanan.
4. Kebersihan & Keselamatan Makanan
─ Memastikan kawasan dapur, workstation, peralatan, chiller dan freezer sentiasa bersih dan teratur.
─ Memastikan bahan mentah dan makanan yang telah dimasak dikendalikan dengan cara yang betul.
─ Mematuhi SOP kebersihan, keselamatan makanan dan pengendalian makanan.
─ Memastikan semua kakitangan dapur mengamalkan kebersihan diri dan konsep “clean as you go”.
5. Kawalan Kos & Kualiti
─ Memastikan penggunaan bahan mengikut portion dan standard yang ditetapkan.
─ Membantu mengawal kos bahan mentah dan mengurangkan pembaziran makanan.
─ Memastikan setiap hidangan yang disediakan memenuhi standard dari segi rasa, kualiti dan presentation.