kerja0.my

Pembantu Tukang Masak / Assistant Chef (Muslim Only)

Job No. 4429720173 Hospitality & F&B Kuala Lumpur Kuala Lumpur Full Time Posted October 29, 2026 Closes November 28, 2026

Undisclosed

JOM SEDAP FUSION SDN. BHD. · 0.0 / 5 (0 company reviews)

Job Description – Assistant Chef Assistant Chef bertanggungjawab membantu Head Chef dalam menjalankan operasi dapur harian serta memastikan penyediaan makanan berjalan dengan lancar, bersih dan mengik

Job Description – Assistant Chef
Assistant Chef bertanggungjawab membantu Head Chef dalam menjalankan operasi dapur harian serta memastikan penyediaan makanan berjalan dengan lancar, bersih dan mengikut standard yang ditetapkan.

1. Penyediaan & Memasak Makanan
─ Membantu menyediakan dan memasak makanan mengikut menu, resipi dan SOP yang ditetapkan.
─ Menjalankan kerja penyediaan bahan seperti mencuci, memotong, menghiris, memerap dan menyediakan bahan masakan.
─Memastikan makanan yang disediakan mempunyai rasa, portion dan presentation yang konsisten.
─ Membantu memastikan makanan dapat disediakan dengan cepat dan teratur terutama pada waktu operasi yang sibuk.

2. Operasi & Kerja Berpasukan
─ Membantu Head Chef menguruskan operasi dapur harian.
─ Membantu memantau dan mengagihkan tugasan kepada kitchen helper dan staff dapur.
─ Membantu memastikan kerja-kerja dapur berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.
─ Memberi tunjuk ajar kepada staff baru mengenai kerja dapur, kebersihan dan keselamatan.

3. Pengurusan Stok & Bahan Mentah
─ Membantu memeriksa stok bahan mentah dan keperluan dapur.
─ Memaklumkan kepada Head Chef atau management sekiranya terdapat stok yang kurang atau perlu ditambah.
─ Memeriksa barang yang diterima daripada supplier dari segi kuantiti, kualiti dan keadaan bahan.
─ Memastikan bahan mentah disimpan dengan betul dan menggunakan kaedah FIFO bagi mengelakkan pembaziran dan bahan rosak.

4. Kebersihan, Keselamatan & Makanan
─ Memastikan kawasan dapur, peralatan memasak dan tempat penyimpanan sentiasa bersih dan kemas.
─ Memastikan bahan mentah dan makanan dikendalikan dengan cara yang bersih dan selamat.
─ Membantu memastikan penyimpanan dan pengendalian makanan mengikut standard kebersihan yang ditetapkan.
─ Memastikan amalan kebersihan seperti mencuci tangan, membersihkan peralatan dan mengelakkan pencemaran silang diamalkan oleh semua staff dapur.

5. Kawalan Kualiti & Pembaziran
─ Memastikan makanan yang disediakan memenuhi standard kualiti restoran.
─ Membantu memastikan portion makanan dikawal mengikut standard yang ditetapkan.
─Mengurangkan pembaziran bahan mentah dan makanan semasa operasi dapur.
─ Membantu Head Chef dalam menyediakan menu atau mencuba resipi baru jika diperlukan.

Where it is

Nearby

SITE ADMIN CLERK (MRANTI)

Admin Assistant 2 openings Construction & Property

MEC JATI CONSORTIUM SDN BHD

Undisclosed

Contract Kuala Lumpur 0 m