kerja0.my

Customer Service & Sales Wanita (Sepenuh Masa)

Job No. 5116058410 Education & Training Banting Banting Full Time Posted October 28, 2026 Closes November 27, 2026

Undisclosed

Maths Power Sdn. Bhd. · 0.0 / 5 (0 company reviews)

JAWATAN: Customer Service (Sales) Wanita sahaja. Gaji bermula : RM1900-RM2200. Untuk jawatan Customer Service dan Sales, waktu kerja Isnin hingga Jumaat adalah secara shift fleksibel: • Shift 1: 9.00

JAWATAN: Customer Service (Sales) Wanita sahaja.
Gaji bermula : RM1900-RM2200.

Untuk jawatan Customer Service dan Sales, waktu kerja Isnin hingga Jumaat adalah secara shift fleksibel:
• Shift 1: 9.00 pagi – 4.30 petang
• Shift 2: 3.00 petang – 10.30 malam
Manakala pada hari Sabtu, waktu kerja adalah seperti berikut:
• Shift 1: 8.00 pagi – 2.00 petang
• Shift 2: 2.00 petang – 8.00 malam

Skop Tugas (Job Description)
1. Pengurusan Pertanyaan Pelanggan
Melayan pertanyaan daripada ibu bapa dan pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon, Facebook, Instagram dan platform media sosial lain.
Memberikan penerangan yang jelas mengenai program tuisyen, jadual kelas, yuran, pakej pembelajaran dan promosi semasa.
Menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat, tepat dan profesional.
2. Jualan & Pendaftaran Pelajar
Menghubungi prospek yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Membuat susulan (follow-up) kepada prospek sehingga berjaya mendaftar sebagai pelajar.
Membantu proses pendaftaran pelajar baharu dan memastikan semua maklumat direkodkan dengan lengkap.
Mencapai sasaran pendaftaran pelajar yang ditetapkan oleh syarikat.
3. Khidmat Pelanggan
Membina hubungan yang baik dengan ibu bapa dan pelajar.
Membantu menyelesaikan pertanyaan atau aduan pelanggan dengan profesional.
Memberikan maklumat terkini berkaitan jadual kelas, peperiksaan, cuti dan program khas kepada ibu bapa.
4. Pengurusan Rekod
Mengemaskini maklumat pelanggan, prospek dan pelajar dalam sistem syarikat.
Memastikan semua rekod pendaftaran dan komunikasi pelanggan disimpan dengan lengkap dan teratur.
Menyediakan laporan harian atau mingguan berkaitan pertanyaan dan pendaftaran pelanggan.
5. Sokongan Operasi
Bekerjasama dengan pihak akademik dan admin cawangan bagi memastikan proses kemasukan pelajar berjalan lancar.
Membantu mempromosikan program baharu, seminar, kelas percubaan dan kempen pemasaran syarikat.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Kelayakkan : Mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan bidang kerja yang dipohon. Tiada pengalaman juga boleh memohon.
.
⚡ Info Syarikat : Maths Power Sdn. Bhd.
Kami adalah syarikat yang menjalankan perkhidmatan Pusat Tuisyen bermula dari pelajar darjah 1 hingga Tingkatan 5, bagi semua subjek. Usia syarikat telah mencecah 10 tahun dan mempunyai 14 buah cawangan.
.
Kemasukkan Serta Merta pada bulan ini

Cara memohon boleh juga terus hubungi HR kami di talian 012-5429211

Where it is

Nearby

Operation Executive

Manufacturing & Production

BEST ETERNITY RECYCLE TECHNOLOGY SDN BHD

Undisclosed

Full Time Banting 0 m