kerja0.my

PEGAWAI ANALISA (SYSTEM ANALYST) PMO

Job No. 9562384673 Accounting & Finance Kuala Lumpur Kuala Lumpur Full Time Posted October 30, 2026 Closes November 29, 2026

Undisclosed

TEKUN NASIONAL · 0.0 / 5 (0 company reviews)

Deskripsi tugas Pegawai Analisa Project Management Office (PMO) Mampu bekerjasama dengan ahli pasukan projek yang lain untuk mengumpul, menganalisis dan memantau data, serta menyediakan laporan status

Deskripsi tugas Pegawai Analisa Project Management Office (PMO)
Mampu bekerjasama dengan ahli pasukan projek yang lain untuk mengumpul, menganalisis dan memantau data, serta menyediakan laporan status projek.
Perlu memahami, mengenal pasti dan memenuhi keperluan pengguna. Mempunyai kepakaran untuk menganalisa dan berkeupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan pengguna, pengurusan dan stakeholder.

Fungsi Pegawai Analisa (System Analyst) PMO:
1. Mengenalpasti maklumat dan perancangan keperluan aplikasi, integrasi sistem dan pangkalan data;
2. Mengkaji dan mengenal pasti keperluan program aplikasi yang berkaitan fungsi teras (Core Business);
3. Mengkaji keperluan penyediaan platform dan perisian yang boleh digunakan untuk melaksanakan penyiasatan;
4. Mengkaji keperluan pengukuhan dan peningkatan sistem sedia ada;
5. Mengenal pasti isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian;
6. Mengkaji keperluan pengintegrasian aplikasi dalaman dan sistem sekunder TEKUN Nasional;
7. Mengkaji kepelbagaian pemodenan, perkhidmatan dan penyebaran dalam bidang perundangan.
8. Mengurus semua maklumat yang diperolehi semasa perbincangan.
9. Memastikan aktiviti kajian dilaksanakan mengikut jadual pelaksanaan yang ditentukan.
10. Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian.
11. Melapor kepada pengarah dan pengurus projek status kemajuan aktiviti.
12. Menyediakan dokumen serahan kajian mengikut bidang yang telah ditentukan.
13. Membantu dalam penyediaan laporan interim dan penulisan laporan akhir kajian.
14. Melaksanakan tugasan berdasarkan arahan pengurusan.

Keperluan sebagai Pegawai Analisa PMO:

1. Ijazah sarjana muda dalam Sains Komputer atau bidang yang berkaitan;
2. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai penganalisa PMO, pengurus projek, atau bidang yang berkaitan.
3. Keupayaan untuk menganalisis pelbagai data yang kompleks dan membuat keputusan berdasarkan penemuan analisis.
4. Kemahiran dan pengetahuan berkaitan perisian pengaturcaraan adalah diberi keutamaan.
5. Kebolehan penyelarasan program dan pentadbiran yang kukuh.
6. Kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang baik.
7. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap.
8. Berkeupayaan untuk berkembang maju dan mampu bekerja dengan baik di bawah tekanan kerja.

Where it is

Nearby

COOK

Cook 50 openings Hospitality & F&B

ZHONGHUA VANCORNER F&B (M) SDN. BHD.

Undisclosed

Full Time Kuala Lumpur 0 m

Technical Lead

Software Engineering

LAURELSOFT (M) SDN BHD

Undisclosed

Contract Kuala Lumpur 0 m

Account Executive

Account Executive Construction & Property

SAMERA CRAFT ENGINEERING SDN BHD

Undisclosed

Full Time Kuala Lumpur 0 m

KITCHEN CREW - SRI PETALING

Kitchen Helper 10 openings Hospitality & F&B

Original Reward Sdn Bhd

Undisclosed

Full Time Kuala Lumpur 0 m