CONTENT CREATOR cum VIDEO EDITING
Undisclosed
Tanggungjawab Utama: 1. Merancang dan menghasilkan kandungan video kreatif untuk pelbagai platform seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook, dan laman web syarikat. 2. Menulis skrip, merancang kon
Tanggungjawab Utama:
1. Merancang dan menghasilkan kandungan video kreatif untuk pelbagai platform seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook, dan laman web syarikat.
2. Menulis skrip, merancang konsep, dan storyboard bagi setiap video mengikut objektif kempen atau mesej syarikat.
3. Merakam, menyunting, dan memproses video menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, CapCut, atau software lain yang relevan.
4. Mengurus jadual penerbitan video dan memastikan kandungan diterbitkan mengikut timeline yang ditetapkan.
5. Bekerjasama dengan pasukan pemasaran dan reka bentuk untuk memastikan video selaras dengan strategi jenama dan identiti visual syarikat.
6. Menganalisis prestasi video (jumlah tontonan, engagement, CTR, dsb.) dan mencadangkan penambahbaikan.
7. Mengikuti trend semasa media sosial dan industri video bagi menghasilkan kandungan yang menarik, relevan, dan berimpak tinggi.
8. Menjaga kualiti, mesej, serta konsistensi gaya penyampaian dalam setiap video.
Kelayakan / Syarat:
- Diploma atau Ijazah dalam bidang Multimedia, Filem & Video, Komunikasi, Pemasaran Digital, atau bidang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran dalam rakaman dan penyuntingan video.
- Mahir menggunakan kamera DSLR / mirrorless / telefon pintar profesional dan peralatan pencahayaan serta audio.
- Kreatif, peka terhadap trend semasa, dan mampu menghasilkan idea segar.
- Boleh bekerja secara individu dan juga dalam pasukan.
- Berdisiplin, menepati masa, dan mampu bekerja di bawah tekanan serta tarikh akhir yang ketat.
- (Kelebihan) Mempunyai pengetahuan asas dalam fotografi, animasi ringan, atau motion graphic.