SUPERVISOR - TADIKA
Undisclosed
JAWATAN KOSONG: PENYELIA TADIKA Majikan: Arif Eduqids Sdn Bhd Lokasi bertugas: Sek U16 Shah Alam Gaji permulaan: RM2,000 sebulan RINGKASAN JAWATAN Bertanggungjawab memimpin pasukan guru, menyelaras op
JAWATAN KOSONG: PENYELIA TADIKA
Majikan: Arif Eduqids Sdn Bhd
Lokasi bertugas: Sek U16 Shah Alam
Gaji permulaan: RM2,000 sebulan
RINGKASAN JAWATAN
Bertanggungjawab memimpin pasukan guru, menyelaras operasi harian cawangan dan mengurus komunikasi dengan ibu bapa. Penyelia akan melaporkan perkembangan serta perkara berkaitan operasi cawangan kepada Pengurus.
SKOP TUGAS
1. Memimpin dan menyelaras tugasan harian pasukan guru tadika.
2. Memastikan kelancaran operasi harian cawangan.
3. Menyediakan laporan dan memaklumkan isu operasi kepada Pengurus.
4. Menjadi penghubung utama antara ibu bapa dengan pihak tadika.
5. Mengurus pertanyaan dan maklum balas ibu bapa dengan baik.
6. Menghadiri mesyuarat serta latihan bersama pasukan pengurusan.
KRITERIA CALON
• Kemahiran komunikasi yang baik.
• Berkebolehan memimpin dan bekerjasama dalam pasukan.
• Bertanggungjawab, teratur dan bersedia untuk belajar.
• Mempunyai lesen memandu yang sah serta boleh memandu bagi urusan mesyuarat dan latihan.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.
CARA MEMOHON
Mohon melalui MYFutureJobs atau hantarkan resume ke
[email protected]
Nyatakan: Penyelia Tadika – [Nama Anda]