kerja0.my

FULL STACK DEVELOPER

Job No. 6550798906 Web Development Bandar Baru Bangi Selangor Full Time Posted October 27, 2026 Closes November 26, 2026

Undisclosed

SINAR AUTO SDN BHD · 0.0 / 5 (0 company reviews)

TUJUAN JAWATAN Sinar Group sedang mencari calon yang berkemahiran dan bermotivasi untuk mengisi jawatan Full Stack Developer bagi membangunkan, mengurus, menyelenggara dan menambah baik laman web, apl

TUJUAN JAWATAN
Sinar Group sedang mencari calon yang berkemahiran dan bermotivasi untuk mengisi jawatan Full Stack Developer bagi membangunkan, mengurus, menyelenggara dan menambah baik laman web, aplikasi mudah alih serta sistem digital syarikat.

Calon yang berjaya akan bertanggungjawab membangunkan sistem dari bahagian paparan pengguna sehingga ke bahagian pelayan, pangkalan data dan integrasi dengan panel pihak ketiga bagi memastikan semua platform digital berfungsi dengan lancar serta menyokong keperluan operasi perniagaan syarikat.

TANGGUNGJAWAB

A. Pembangunan Laman Web dan Aplikasi
Membangunkan, mengurus dan menyelenggara laman web serta aplikasi berasaskan web syarikat.
Membangunkan dan menyelenggara aplikasi mudah alih untuk Android dan/atau iOS mengikut keperluan syarikat.
Memastikan laman web dan aplikasi mempunyai paparan yang mesra pengguna, responsif dan berfungsi dengan baik pada pelbagai peranti.
Menambah ciri dan fungsi baharu serta menambah baik sistem sedia ada berdasarkan keperluan pengurusan dan operasi syarikat.

B. Integrasi Sistem dan Pengurusan Pangkalan Data

Menghubungkan laman web dan aplikasi syarikat dengan panel pihak ketiga, sistem luaran, gerbang pembayaran atau platform berkaitan melalui API.
Membangunkan dan menyelenggara sistem bahagian pelayan (backend), API dan struktur pangkalan data.
Memastikan proses penghantaran, penerimaan dan penyelarasan data antara sistem berjalan dengan lancar.
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah integrasi sistem serta berurusan dengan penyedia sistem luaran jika diperlukan.

C. Penyelenggaraan Sistem dan Keselamatan

Memantau prestasi sistem dan menjalankan penyelenggaraan secara berkala.
Mengenal pasti, menguji dan membaiki ralat atau masalah teknikal pada laman web, aplikasi dan sistem.
Memastikan keselamatan sistem serta melindungi data syarikat daripada akses yang tidak dibenarkan.
Mengurus kemas kini sistem, sandaran data dan proses penerbitan sistem ke persekitaran sebenar.

D. Pembangunan Sistem untuk Keperluan Perniagaan

Bekerjasama dengan pihak pengurusan dan jabatan berkaitan bagi memahami keperluan perniagaan dan mencadangkan penyelesaian digital yang bersesuaian.
Membangunkan sistem atau fungsi digital yang dapat meningkatkan kecekapan operasi syarikat.
Menyediakan penyelesaian teknologi yang sesuai dengan aktiviti perniagaan dan keperluan syarikat.
Menyediakan dokumentasi teknikal serta memberi panduan penggunaan kepada kakitangan berkaitan apabila diperlukan.

KELAYAKAN
Mempunyai Diploma atau Ijazah dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan. Calon dengan pengalaman praktikal yang bersesuaian juga boleh dipertimbangkan.
Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pembangunan laman web serta sistem backend.
Mahir dalam teknologi pembangunan frontend seperti HTML, CSS dan JavaScript.
Mempunyai pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan dan framework backend seperti PHP, Laravel, Node.js, Python atau teknologi setara.
Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan pangkalan data seperti MySQL atau PostgreSQL.
Memahami penggunaan API dan kaedah integrasi sistem pihak ketiga.
Mempunyai pengetahuan dalam pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan Flutter, React Native atau teknologi berkaitan merupakan satu kelebihan.
Mempunyai pengetahuan asas dalam hosting, pelayan, deployment dan keselamatan sistem.
Mampu bekerja secara berdikari, menyelesaikan masalah teknikal dan mengurus tugasan mengikut keutamaan.
Mempunyai sikap bertanggungjawab, teliti, proaktif dan bersedia mempelajari teknologi baharu.

Where it is

Nearby

Material Planner Executive

Manufacturing & Production

DENSO (MALAYSIA) SDN BHD

Undisclosed

Full Time Bandar Baru Bangi 0 m

KITCHEN CUM SERVICE CREW

Service Crew Manufacturing & Production

SARMAN PRINTING SDN BHD

Undisclosed

Full Time Bandar Baru Bangi 0 m

Software Tester (Contract)

QA Engineer 18 openings Manufacturing & Production

SONY EMCS (MALAYSIA) SDN. BHD.

Undisclosed

Contract Bandar Baru Bangi 0 m

Account Executive

Account Executive 3 openings Accounting

ACR BIZZPRO SOLUTIONS SDN. BHD.

Undisclosed

Full Time Bandar Baru Bangi 0 m