PEMANDU LORI (E FULL)
Undisclosed
Tanggungjawab Utama: • Bertanggungjawab untuk menghantar barang ke Singapura. • Anda akan dibenarkan pergi bersama seorang pemandu lain sebanyak tiga (3) kali sahaja untuk tugasan ke Singapura bagi me
Tanggungjawab Utama:
• Bertanggungjawab untuk menghantar barang ke Singapura.
• Anda akan dibenarkan pergi bersama seorang pemandu lain sebanyak tiga (3) kali sahaja untuk tugasan ke Singapura bagi mempelajari selok-belok jalan, peraturan asas & urusan dokumentasi sepanjang di sana.
• Penghantaran barang ke Singapura untuk kali ke empat (4) dan seterusnya adalah secara solo (seorang diri).
• Bertanggungjawab untuk menghantar barang kesemua tempat yang diberikan oleh Jabatan Penghantaran di dalam Jadual Penghantaran, sama ada “Trip Local” atau “Outstation’.
• Menyelia pemuatan dan pemunggahan barang mengikut jadual dan lokasi yang ditetapkan.
• Memeriksa dan membersihkan kenderaan secara berkala (minyak, brek, tayar, lampu dan lain-lain).
• Mengangkut barang dengan selamat ke dan dari pusat pengedaran.
• Mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti peraturan keselamatan syarikat.
• Menyiapkan jadual penghantaran dengan tepat pada masa yang ditetapkan.
• Melaporkan sebarang kemalangan atau kelewatan yang berlaku semasa perjalanan.
• Menjalin hubungan baik dengan pelanggan dan memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
• Mengambil “RACK” di lokasi pelanggan.
• Menutup Kaca dengan Kanvas.
• Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa