kerja0.com

General Clerk

Job No. 3746561947 Office Administration Simpang Ampat Simpang Ampat Full Time Posted October 26, 2026 Closes November 25, 2026

Undisclosed

SYARIKAT KILANG REMPA JAYA SAKTI SDN BHD · 0.0 / 5 (0 company reviews)

Bertanggungjawab mengendalikan tugasan harian berkaitan pentadbiran pejabat dan pengurusan sumber manusia (HR), termasuk kemasukan data (data entry), penyediaan dokumen, pemfailan, penyimpanan rekod s

Bertanggungjawab mengendalikan tugasan harian berkaitan pentadbiran pejabat dan pengurusan sumber manusia (HR), termasuk kemasukan data (data entry), penyediaan dokumen, pemfailan, penyimpanan rekod serta pengemaskinian maklumat pekerja dan syarikat.

Tugas dan tanggungjawab utama merangkumi:

Pentadbiran HR: Mengurus, menyelenggara dan mengemaskini rekod peribadi pekerja, fail kakitangan, surat tawaran pekerjaan, kontrak perkhidmatan, surat pengesahan jawatan serta dokumen berkaitan pekerjaan.

Kehadiran dan Cuti Pekerja: Memantau dan mengemaskini rekod kehadiran, waktu bekerja, kerja lebih masa (OT), cuti tahunan, cuti sakit (MC), cuti kecemasan serta ketidakhadiran pekerja, termasuk memastikan semua rekod adalah tepat dan lengkap.

Pengurusan Penggajian: Membantu menyediakan dan menyemak maklumat berkaitan penggajian bulanan, pengiraan OT, elaun, potongan dan rekod kehadiran untuk diserahkan kepada pihak akaun atau pengurusan bagi tujuan pemprosesan gaji.

Caruman dan Pematuhan: Membantu menyediakan dokumen dan rekod berkaitan KWSP, PERKESO, SIP/EIS, LHDN serta memastikan urusan pentadbiran pekerja mematuhi Akta Kerja 1955, polisi syarikat dan peraturan berkaitan.

Pengambilan Pekerja: Membantu proses pengambilan pekerja baharu, termasuk penyediaan iklan jawatan kosong, penyusunan temuduga, pengumpulan dokumen calon, penyediaan surat tawaran dan urusan pendaftaran pekerja baharu.

Disiplin dan Kebajikan Pekerja: Membantu menyediakan surat peringatan, surat tunjuk sebab, rekod disiplin, aduan pekerja serta dokumen berkaitan kebajikan dan kemudahan pekerja mengikut arahan pihak pengurusan.

Pentadbiran Pejabat: Mengurus surat-menyurat, menjawab panggilan telefon dan WhatsApp rasmi syarikat, menyediakan laporan, mengendalikan pemfailan serta memastikan semua dokumen pejabat disusun dan disimpan dengan teratur.

Kerahsiaan Maklumat: Memastikan segala maklumat peribadi pekerja, rekod gaji dan dokumen sulit syarikat dikendalikan secara profesional serta dirahsiakan daripada pihak yang tidak diberi kuasa.

Where it is

Nearby