Pembantu Jualan (Retail Assistant)
Undisclosed
Tanggungjawab Utama 1. Khidmat Pelanggan & Gaya Tudung (Hijab Styling) Menyambut Pelanggan: Menyapa pelanggan yang lalu-lalang di kiosk dengan mesra, sopan, dan berorientasikan perkhidmatan. Membantu
Tanggungjawab Utama
1. Khidmat Pelanggan & Gaya Tudung (Hijab Styling)
Menyambut Pelanggan: Menyapa pelanggan yang lalu-lalang di kiosk dengan mesra, sopan, dan berorientasikan perkhidmatan.
Membantu Gaya Tudung: Menunjukkan dan mengajar teknik pemakaian serta gaya (drape/style) pelbagai jenis selendang dan tudung bawal mengikut bentuk muka atau pakaian pelanggan.
Pengetahuan Produk: Menerangkan kelebihan dan jenis-jenis fabrik (contoh: chiffon, satin, jersey, cotton, crepe, silk) serta cara penjagaannya (tips basuh/gosok).
Jualan Tambahan (Upselling & Cross-selling): Memperkenalkan produk sampingan seperti anak tudung (inner), pin magnet, jarum peniti, atau kerongsang (brooch) untuk melengkapkan pembelian pelanggan.
2. Susun Atur & Paparan Kiosk (Visual Merchandising)
Paparan Menarik: Menyusun dan mengantung sampel tudung/selendang secara kemas, mengikut tema warna atau koleksi terkini bagi menarik perhatian pengunjung pusat membeli-belah.
Kebersihan Kiosk: Memastikan kawasan kiosk sentiasa bersih, kemas, dan tersusun rapi sepanjang waktu operasi.
Menggosok/Menyeterika (Steaming): Memastikan tudung yang dipamerkan sentiasa bebas kedutan dan kelihatan kemas.
3. Pengurusan Stok & Inventori
Menambah Stok (Restock): Memastikan rak dan paparan jualan sentiasa penuh dengan rekaan dan warna tudung yang paling laris (fast-selling).
Kiraan Stok (Stock Count): Melakukan semakan dan kiraan stok bulanan atau harian bagi mengelakkan kehilangan barang atau selisih bilangan stok.
Pemeriksaan Kualiti (Quality Control): Memeriksa barangan yang baru sampai daripada pembekal/stor untuk memastikan tiada kerosakan (contoh: benang ditarik, kesan kotor, atau jahitan tidak kemas).
4. Operasi Juruwang & Sasaran Jualan
Pengendalian Transaksi (POS): Mengendalikan transaksi jualan secara tunai, kad kredit/debit, dan kod QR / E-dompet mengunakan sistem juruwang (POS system) dengan tepat.
Pencapaian KPI: Berusaha mencapai sasaran jualan (sales target) harian dan bulanan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Laporan Harian: Menyedia dan menyerahkan laporan jualan harian serta wang tunai (cash float) pada waktu buka dan tutup kiosk kepada pihak pengurusan.
5. Keselamatan & Penjagaan Kiosk
Tugas Buka & Tutup Kiosk: Memastikan kiosk dibuka mengikut waktu operasi pusat membeli-belah dan ditutup/dikunci dengan selamat pada penghujung hari.
Kawalan Keselamatan: Memantau kawasan kiosk secara aktif bagi mengelakkan kejadian kecurian (shoplifting) terutamanya di kawasan yang sesak.
Kelayakan & Kemahiran Tambahan
Berkemahiran berkomunikasi dengan baik dan peramah dalam Bahasa Melayu (asas Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan).
Minat yang mendalam dalam fesyen Muslimah dan gaya bertudung terkini.
Jujur, amanah, menepati masa, dan boleh bekerja secara berdikari di kiosk.