Part-Time Service Crew
Undisclosed
Kru Kafe Sambilan (Part-Time Service Crew) Skop Kerja: - Menyediakan dan menghidangkan minuman serta makanan mengikut standard syarikat. - Memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan dan membantu m
Kru Kafe Sambilan (Part-Time Service Crew)
Skop Kerja:
- Menyediakan dan menghidangkan minuman serta makanan mengikut standard syarikat.
- Memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan dan membantu menguruskan pesanan.
- Mengendalikan urusan pembayaran di kaunter apabila diperlukan.
- Memastikan kebersihan kafe serta mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan.
- Membantu menambah stok dan menjalankan operasi harian kafe.
- Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh syarikat.
- Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan operasi kafe berjalan lancar.
Syarat Kelayakan:
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun.
- Merupakan pelajar yang masih aktif atau lepasan SPM.
- Bertanggungjawab, menepati masa dan bersedia untuk belajar.
- Bersedia bekerja sekurang-kurangnya 3 syif seminggu.
- Boleh bekerja sekurang-kurangnya 4 jam bagi setiap syif.
- Bersedia bekerja mengikut jadual syif yang ditetapkan, termasuk sekurang-kurangnya 2 hujung minggu sebulan.
- Bersedia memberikan komitmen kerja sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Mempunyai suntikan tifoid dan sijil pengendali makanan atau bersedia melengkapkan kedua-dua keperluan tersebut dalam tempoh 14 hari.
Gaji: RM8.90 sejam
Tempat :-
Quayside Mall, Persiaran Freesia, Gamuda Kemuning 25.7, TwentyFive.7, 42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor