Handyman
Undisclosed
Tanggungjawab 1. Menjalankan kerja pembinaan kecil, pembaikan, penyelenggaraan dan naik taraf di tapak projek. 2. Melaksanakan kerja pemasangan dan pembaikan jubin, mengecat, pembaikan paip kecil, per
Tanggungjawab
1. Menjalankan kerja pembinaan kecil, pembaikan, penyelenggaraan dan naik taraf di tapak projek.
2. Melaksanakan kerja pemasangan dan pembaikan jubin, mengecat, pembaikan paip kecil, pertukangan asas serta pembaikan umum bangunan.
3. Menjalankan kerja pemasangan, membuka dan menanggalkan kelengkapan mengikut arahan.
4. Membantu Jurutera Projek dan Penyelia Tapak dalam operasi harian.
5. Menggunakan serta menjaga peralatan dan bahan kerja dengan betul dan selamat.
6. Membantu mengangkut, memuat dan memunggah bahan serta menyediakan kawasan kerja.
7. Menjalankan kerja pembersihan dan memastikan tapak sentiasa kemas, bersih dan selamat.
8. Mematuhi prosedur keselamatan, peraturan tapak dan arahan penyelia.
9. Melaksanakan tugas berkaitan projek yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Syarat Kelayakan
1. Rajin dan boleh bekerja
2. Mempunyai pengetahuan asas dalam kerja pembinaan, penyelenggaraan atau pembaikan bangunan.
3. Mempunyai lesen memandu Malaysia yang sah, kelas D/DA atau kelas lebih tinggi.
4. Bersedia mempelajari kemahiran baharu dan mengikuti latihan yang disediakan.
5. Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan kerja fizikal di tapak.
6. Bertanggungjawab, rajin, berdisiplin serta boleh bekerja secara berdikari atau berkumpulan.
7. Bersedia untuk perjalanan luar kawasan dan bertugas di lokasi projek berbeza apabila diperlukan.
8. Calon tanpa pengalaman kerja tetapi mempunyai pengetahuan asas pembinaan digalakkan memohon.
9. Kemahiran dalam kerja jubin, mengecat, paip atau pertukangan merupakan satu kelebihan.
Faedah Pekerjaan
Latihan disediakan: Latihan praktikal dan teknikal mengikut keperluan kerja.
Penginapan disediakan:Penginapan diatur oleh syarikat bagi penugasan projek yang layak.
Peluang kemajuan kerjaya: Peluang meningkatkan kemahiran dan maju ke jawatan Pekerja Mahir Kanan atau Penyelia Tapak.
Caruman dan faedah: KWSP, PERKESO, SIP serta faedah pekerjaan lain yang berkenaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui Portal MFJ