Full Time Service Crew
Undisclosed
Kru Kafe Sepenuh Masa (Full-Time Café Crew) Skop Kerja: - Menyediakan dan menghidangkan minuman serta makanan mengikut standard syarikat. - Memberikan layanan yang mesra dan baik kepada pelanggan. - M
Kru Kafe Sepenuh Masa (Full-Time Café Crew)
Skop Kerja:
- Menyediakan dan menghidangkan minuman serta makanan mengikut standard syarikat.
- Memberikan layanan yang mesra dan baik kepada pelanggan.
- Mengendalikan pesanan pelanggan dan urusan pembayaran di kaunter.
- Memastikan kebersihan kafe serta mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan.
- Membantu menambah stok dan menjalankan operasi harian kafe.
- Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh syarikat.
- Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan operasi kafe berjalan lancar.
Syarat Kelayakan:
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Minimum kelayakan SPM.
- Fasih berbahasa Melayu dan English
- Bertanggungjawab, menepati masa dan bersedia untuk belajar.
- Bersedia bekerja mengikut giliran syif pembukaan dan penutupan kafe.
- Bersedia bekerja selama 48 jam seminggu, termasuk hujung minggu dan cuti umum.
- Mempunyai pengangkutan sendiri yang sesuai untuk syif penutupan di cawangan yang memerlukan.
- Bersedia memberikan komitmen kerja sekurang-kurangnya 6 bulan.
Tempat :-
Giant Seri Kembangan, Jalan Putra Permai, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor