Pastry & Bakery Assistant (AMPANG)
Undisclosed
Tanggungjawab Utama A. Penyediaan Bahan dan Produk Membantu menyediakan bahan mentah mengikut resipi dan sukatan yang ditetapkan. Menimbang, menyukat dan menyediakan bahan untuk penghasilan produk pas
Tanggungjawab Utama
A. Penyediaan Bahan dan Produk
Membantu menyediakan bahan mentah mengikut resipi dan sukatan yang ditetapkan.
Menimbang, menyukat dan menyediakan bahan untuk penghasilan produk pastri.
Membantu menyediakan doh, krim, inti, topping dan bahan-bahan lain.
Memastikan bahan mentah berada dalam keadaan baik dan belum tamat tempoh.
B. Penghasilan Produk Pastri
Membantu proses penyediaan, pembentukan dan pembakaran produk pastri.
Membantu menghasilkan kek, tart, croissant, puff pastry, cookies dan produk lain mengikut arahan penyelia.
Memastikan produk disediakan mengikut saiz, berat, bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan.
Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti syarikat.
Melaporkan sebarang kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan produk kepada penyelia.
C. Kebersihan dan Keselamatan Makanan
Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan teratur.
Membersihkan peralatan, mesin, dulang pembakar dan ruang penyediaan selepas digunakan.
Mematuhi SOP kebersihan, keselamatan makanan dan amalan pengendalian makanan yang ditetapkan.
Memastikan penggunaan pakaian kerja dan peralatan perlindungan yang sesuai.
Mengelakkan pencemaran silang semasa penyediaan dan pengendalian produk.
D. Pematuhan dan Disiplin Kerja
Mematuhi arahan penyelia dan pihak pengurusan.
Hadir bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan kelancaran operasi pengeluaran.
Menjaga peralatan, bahan mentah dan harta benda syarikat.
Melaksanakan tugasan tambahan yang berkaitan dengan operasi pastry apabila diarahkan oleh pihak pengurusan.
KELAYAKAN DAN KEPERLUAN JAWATAN
Minimum pendidikan SPM atau kelayakan yang setaraf.
Pengalaman dalam bidang pastry atau bakery merupakan satu kelebihan.
Calon tanpa pengalaman boleh dipertimbangkan sekiranya bersedia untuk belajar.
Mempunyai minat dalam bidang pembuatan pastri dan bakeri.
Boleh bekerja secara berkumpulan serta mengikut arahan.
Bersedia bekerja mengikut syif, termasuk hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.