PERSONEL MYSTEP (BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT)
Undisclosed
SYARAT KELAYAKAN : 1. Warganegara Malaysia berumur lebih 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institus
SYARAT KELAYAKAN :
1. Warganegara Malaysia berumur lebih 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4. Mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft Excel (Word, Excel & Power Point), grafik seperti video/montaj dan mahir menggunakan platform sosial media bagi tujuan promosi kesihatan dan program.
5. Boleh bekerja dalam kumpulan.
6. Berdikari dan mampu melaksanakan tugas yang diberi.
7. Bersedia menjalankan tugasan luar sekiranya perlu.
8. Bertanggungjawab dan berdisiplin.
9. Keutamaan diberikan kepada calon yang tinggal berhampiran Putrajaya.
SKOP KERJA
MYSTEP UNTUK SEKTOR KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PERUBAHAN IKLIM (SKPPI)
MySteps 1: Program Healthy Settings
Membantu pelaksanaan program Healthy Settings di fasiliti kesihatan. Perlaksanaan healthy settings di fasiliti kesihatan sangat penting dalam mewujudkan fasiliti kesihatan yang lebih sihat dan kondusif dari segi keselamatan, persekitaran, fizikal, jasmani dan mental. Ia juga untuk memastikan anggota kesihatan yang berkerja di fasiliti kesihatan tersebut dilindungi daripada kesan negatif di tempat kerja .
a. Membantu mewujudkan modul dan garis panduan bagi pelaksanaan program healthy settings.
b. Membantu menyediakan bahan-bahan taklimat, mesyuarat, perbincangan dan sebarang aktiviti berkaitan program healthy settings.
c. Membantu menyelaras pengumpulan, pemurnian, analisis dan pelaporan data berkaitan program healthy settings.
d. Membantu membangunkan infografik berkaitan program healthy settings
e. Menyediakan laporan tahunan berkaitan pencapaian aktiviti healthy settings
f. Menyelaras dan mengurus aktiviti latihan berkaitan healthy settings
MySteps 2: Program Fasiliti Kesihatan Rendah Karbon (REKA) dan Fasiliti Resilien Perubahan Iklim
Pelaksanaan Program Fasiliti Kesihatan Rendah Karbon (REKA) dan Fasiliti Resilien Perubahan Iklim adalah selari dengan inisiatif karbon neutral KKM iaitu Sustainable Healthcare Facilities 2030 dan Carbon Neutral Hospital 2045 . serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ianya juga selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Deklarasi Kesihatan dan Iklim, Dubai 2023 yang turut disokong oleh Malaysia.
a. Membantu mewujudkan modul bagi pelaksanaan program REKA
b. Membantu dalam penyediaan kaedah penilaian (toolkit) tahap resilien fasiliti kesihatan
c. Membantu menyediakan bahan-bahan taklimat, mesyuarat, perbincangan dan sebarang aktiviti berkaitan program REKA dan Fasiliti Resilien Perubahan Iklim
d. Membantu menyelaras pengumpulan, pemurnian, analisis dan pelaporan data berkaitan program REKA dan Fasiliti Resilien Perubahan Iklim
e. Membantu membangunkan infografik berkaitan REKA dan Fasiliti Resilien
f. Menyediakan laporan tahunan berkaitan pencapaian aktiviti REKA dan Fasiliti Resilien Perubahan Iklim.
g. Menyelaras dan mengurus aktiviti latihan berkaitan REKA dan Resilien