GENERAL WORKERS
Undisclosed
1. Tujuan Jawatan Melaksanakan kerja-kerja pengukuran, pemotongan, pemasangan dan kemasan produk aluminium seperti tingkap, pintu, bingkai aluminium serta kerja-kerja berkaitan mengikut spesifikasi da
1. Tujuan Jawatan
Melaksanakan kerja-kerja pengukuran, pemotongan, pemasangan dan kemasan produk aluminium seperti tingkap, pintu, bingkai aluminium serta kerja-kerja berkaitan mengikut spesifikasi dan arahan yang ditetapkan oleh syarikat.
2. Skop dan Tanggungjawab Kerja
Mengukur dan mengambil ukuran tapak bagi kerja pemasangan aluminium.
Melakukan kerja pemotongan, pemasangan dan pemasangan kaca mengikut ukuran yang ditetapkan.
Memasang pintu, tingkap, bingkai aluminium, sliding door dan produk berkaitan.
Memastikan hasil kerja kemas, kukuh, selamat dan menepati spesifikasi pelanggan.
Menggunakan peralatan dan mesin kerja dengan betul serta mengikut prosedur keselamatan.
Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kerja.
Memeriksa bahan dan peralatan sebelum memulakan kerja.
Memaklumkan kepada penyelia sekiranya terdapat kerosakan bahan, masalah pemasangan atau kekurangan stok.
Mematuhi arahan penyelia dan menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menjaga peralatan, bahan mentah dan aset syarikat dengan baik.
3. Kelayakan dan Kemahiran
Mempunyai pengalaman dalam kerja aluminium merupakan satu kelebihan.
Mahir menggunakan peralatan asas dan mesin pemotongan aluminium.
Boleh membaca ukuran dan pelan asas.
Mempunyai sikap bertanggungjawab, rajin dan berdisiplin.
Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
Mengutamakan keselamatan dan kualiti kerja.
4. Tanggungjawab Disiplin
Hadir bekerja mengikut waktu yang ditetapkan.
Mematuhi peraturan dan polisi syarikat.
Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat dan pelanggan.
Memberikan kerjasama kepada penyelia serta rakan sekerja.
5. Petunjuk Prestasi Kerja (KPI)
Kualiti dan kekemasan hasil kerja.
Kecekapan menyiapkan tugasan.
Pematuhan kepada jadual kerja.
Penggunaan bahan yang berhemah dan pengurangan pembaziran.
Rekod keselamatan, disiplin dan kehadiran.